Henti guna TikTok buat konten libatkan murid sekolah -Fahmi Fadzil ingatkan para guru

LocalPolitics
20 Mar 2025 • 11:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ingatkan golongan pendidik agar tidak menjadikan pelajar, khususnya murid sekolah rendah sebagai bahan kandungan di media sosial.

image is not available

Fahmi Fadzil ingatkan para guru tak dedah murid pihak tak bertanggungjawab

Memetik laporan dari Bernama, Fahmi menyatakan perkara ini boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan pihak tidak bertanggungjawab termasuk jenayah seksual kanak-kanak.

“Sekiranya guru ini seorang pempengaruh, carilah kandungan lain kerana akan timbul beberapa isu terhadap keselamatan, data peribadi dan sebagainya jika dedahkan wajah atau nama murid ke dalam media sosial mereka, katanya.

Fahmi Fadzil ingatkan para guru hati2 guna media sosial

Fahmi turut memberi peringatan bahawa tindakan mendedahkan murid di media sosial boleh mengundang bahaya seperti pengantunan kanak-kanak dan jenayah seksual.

Oleh itu, beliau menggesa guru untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial, terutama yang melibatkan pelajar.

image is not available

Minta hentikan penggunaan TikTok libatkan murid

Dalam ucapannya lagi, Fahmi turut menekankan bahawa media sosial seperti TikTok tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Jelas beliau, data yang dimuat naik ke media sosial akan disimpan di pelayan milik syarikat luar negara, sekali gus membuka risiko kebocoran maklumat.

“Mesej yang saya mahu sampaikan kepada guru sekolah rendah ialah agar mereka menghentikan penggunaan TikTok untuk membuat kandungan melibatkan pelajar,” katanya.

image is not available

Oleh itu, beliau menasihatkan semua pihak untuk lebih berwaspada dalam penggunaan media sosial.

Sumber: Bernama