Fahmi minta menantu Muhyiddin Yassin berani -“Baliklah bersihkan nama. Kenapa lari kecuali takut?”-

LocalPolitics
24 Oct 2025 • 6:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli perniagaan yang menjadi buruan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, dinasihatkan pulang ke tanah air bagi membersihkan namanya daripada dakwaan pecah amanah.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu perlu berani berdepan dengan tindakan perundangan di negara ini.

image is not available

Fahmi minta menantu Muhyiddin Yassin berani

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, juga sudah memaklumkan bahawa beberapa agensi berkaitan telah membuat permohonan untuk membatalkan pasport Muhammad Adlan.

“Jadi sebelum ia dibatalkan, baliklah dan bersihkan nama anda. Kenapa lari kecuali takut.
“Jadi baliklah dan berdepan dengan mahkamah,” katanya pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

image is not available

image is not available

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Adlan yang melarikan diri lebih dua tahun lalu dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara di Asia Barat.

Sumber: YouTube (MalaysiaGazette TV)