“Fail Cerai Bukan Sebab Faisal Tak Ada Duit & Rupa Tapi Sebab…” – Peguam Syazwani

LocalFootball
4 Sep 2025 • 12:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita perceraian isteri pemain bola sepak kebangsaan, Nur Syazwani Mizuana Shahril, mendapat penjelasan rasmi daripada peguamnya, Roshdan Sujak Rafie, yang menafikan dakwaan segelintir pihak mengenai punca keretakan rumah tangga anak guamnya.

Roshdan menafikan dakwaan yang mendakwa Syazwani memfailkan perceraian kerana suaminya, Faisal Halim, sudah tidak berharta dan tidak lagi kacak. Sebaliknya, perceraian itu berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka, malah pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.

Saya ada baca komen netizen mengatakan anak guam fail cerai kerana Faisal tiada duit dan sudah tidak handsome (kacak), semua ini tidak benar. Saya dimaklumkan mereka sudah tiada persefahaman.

Roshdan turut memaklumkan bahawa Syazwani berada dalam keadaan baik dan sedar tentang perceraian yang kini menjadi perhatian umum.

Anak guam saya memfailkan permohonan cerai, cuma dalam prosiding semalam peguam Faisal memberitahu anak guamnya pernah melafazkan cerai dan rujuk sesama mereka, jadi perlu ada pengesahan dan bicara terlebih dahulu untuk tentukan jumlah talak.

Difahamkan, soal hak penjagaan terhadap anak tunggal pasangan itu masih belum dibincangkan kerana keutamaan kini diberikan kepada penyelesaian isu pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah terlebih dahulu.

image is not available

image is not available

image is not available

Sementara itu, peguam Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, mengesahkan perceraian kedua-duanya juga disebabkan tiada persefahaman.

Menurutnya, Faisal pernah melafazkan cerai pada 15 Jun lalu dan rujuk kembali sehari kemudian. Memandangkan mereka tidak mendaftarkan cerai dan rujuk itu, prosiding pengesahan lafaz talak luar mahkamah perlu dilakukan terlebih dahulu.

Sebelum ini, Nur Syazwani mengejutkan ramai apabila didakwa memfailkan permohonan cerai selepas enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Faisal, yang lebih dikenali dengan panggilan Mickey, sejak 9 Mac 2019. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-04 10:54:09

Rebecca Nur Al Islam Selesai Tempoh Iddah, Berangkat Ke Tanah Suci Untuk Tunai Umrah