Faisal Halim Terima Darjah Kebesaran Dari Sultan Selangor

11 Dec 2024 • 12:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, mencuri tumpuan hari ini sebagai salah seorang daripada 94 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey. Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) bersama 17 penerima yang lain.

Darjah yang tidak membawa gelaran tetapi penghargaan tertinggi

image is not available
Kredit foto: Media Selangor

Penerima darjah kebesaran ini tidak diberikan sebarang gelaran kehormat. Bilangan penerima AIS dihadkan kepada tidak lebih daripada 40 orang pada satu-satu masa, dengan jumlah maksimum keseluruhan sebanyak 700 orang.

image is not available
Kredit foto: Selangor Gov

Anugerah ini juga melambangkan penghargaan tertinggi daripada Sultan Selangor terhadap sumbangan individu dalam pelbagai bidang, termasuk perkhidmatan awam, pembangunan, sukan dan kebajikan yang memberi impak positif kepada masyarakat dan negeri Selangor.

image is not available
Kredit foto: Selangor FA

#OhmediaNasihat

Tahniah Mickey! semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus bangkit dan menyumbang kepada kemajuan arena bola sepak negara.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Media Selangor