
Kota Kinabalu: Mohd Faizal Roslan dari Semporna muncul juara kategori terbuka dalam pertandingan catur DBKK Rapid Fide Rated yang berlangsung di Dewan Komuniti Manggatal baru-baru ini.
Dia menewaskan Abdul Sahim Wising dari Kota Kinabalu untuk membawa pulang wang tunai RM700.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sahim terpaksa berpuas hati dengan RM500, manakala Awang Mohd Syafie Mohd Kifflee dari UMSKAL, Labuan menduduki tempat ketiga dan menerima RM300.
Dalam kategori Bawah-18, Brayden Carl Linus dari SM St Michael, Penampang muncul juara diikuti oleh Katherine Samantha Likoh dari SMK Pahang di tempat kedua dan Adi Amsyar Kahimin dari SMK Bundu Tuhan, Ranau di tempat ketiga.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Bagi kategori Bawah-15, Alif Amjad Kahimin dari SMK Bundu Tuhan merangkul kejuaraan, manakala Jason Warren Likoh dari SMK Bahang mendapat tempat kedua dan Stallone Tiyyo Stevenson dari SMK Mat Salleh, Ranau di tempat ketiga.
Ayden Mikail Ab Halim dari SK St John, Tuaran muncul juara kategori Bawah-12. Tempat kedua jatuh kepada Fattah Thoha Fads dari SK Jawi Jawi, Kota Belud di tempat kedua dan Sh Luqman Hafiz Sh Maswan dari SK Likas di tempat ketiga.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kategori Bawah-9 pula menyaksikan ACM Muhd Hafiz Suffian dari SK Pekan 2, Semporna dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh Muhd Haziq Suffian dari SK Pekan 2, Semporna di tempat kedua dan Muhd Rayyan Mazrin dari SK St Agnes, Likas di tempat ketiga.
Sementara itu, dua pemain terbaik dalam kategori DBKK ialah Erik Lampangau dan Boniventure Laju Maligkam.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pemain veteran terbaik diberikan kepada Abdolrashid R Paodak, manakala Katherine Samantha Likoh menerima pemain wanita terbaik.
Sebanyak 173 peserta termasuk 118 pelajar mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 Jubili Perak Bandaraya Kota Kinabalu
Peserta paling tua dalam kejohanan ini ialah David Tan, 67 tahun dari Sandakan, manakala peserta termuda ialah Muhammad Haziq Suffian, 5, dari Semporna.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah DBKK, Robert Lipon yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

