“Fake poster ke tu” – Peminat Teruja Nak Terjah Konsert, Ernie Perjelas Rupanya Ia Palsu

Entertainment
23 Feb 2024 • 5:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Ernie Zakri menyangkal khabar yang mengatakan dia bakal menjayakan konsert bersama beberapa barisan penyanyi lain dalam sebuah acara yang bertempat di Kuala Selangor hujung minggu ini.

Ia selepas ada peminatnya yang meluahkan rasa teruja sambil kongsikan poster tersebut dan menyatakan hasrat untuk ke lokasi yang dimaklumkan demi menonton Ernie melakukan persembahan.

Jadi, penyanyi lagu Masing Masing ini tampil menyatakan bahawa dia sama sekali tidak terlibat dalam acara tersebut menerusi platform X miliknya.

Jelas Ernie lagi, aktiviti hujung minggunya hanya akan berada di BRTM (Bintang RTM) sahaja dan poster tersebut adalah palsu.

image is not available
Poster palsu

Difahamkan penyanyi Baby Shima juga ada tampil menafikan bahawa dirinya juga terlibat untuk menjayakan acara tersebut.

Susulan itu, penganjur acara tersebut tampil memberikan respon berkenaan dengan keralatan atas kesilapan maklumat yang netizen terima.

Dalam poster sebenar, dilihat hanya beberapa orang artis yang terlibat iaitu Yonnyboii, Iera Milpan, Zynakal, Floor 88, Kmy Kmo, Reedzwann, Luca Sickta dan Orkes A Hizadin pada 24 Februari 2024.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia MADANI (@madani.my)

Bagaimanapun masih belum dapat dikenalpasti kesalahan maklumat itu berpunca daripada pihak mana.

Nasib dapat respon awal, kalau dah berlangsung mesti ramai yang bengang.

Sumber : X, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.