Faktor ekonomi pengaruhi fenomena bebas anak

LocalFamily & Parenting
2 Nov 2026 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Faktor ekonomi pengaruhi fenomena bebas anak

SHAH ALAM, 2 NOV: Fenomena bebas anak atau ‘child-free’ tidak wajar dilihat hanya sebagai gaya hidup, sebaliknya ia turut dipengaruhi faktor sosioekonomi dan sokongan terhadap institusi keluarga.

Menurut EXCO kebajikan masyarakat, peningkatan kos kehidupan, keupayaan memiliki kediaman dan tuntutan pekerjaan antara perkara yang mempengaruhi keyakinan pasangan muda untuk membina keluarga.

“Kalau kita telusuri akar kepada masalah itu, ‘child-free’ adalah simptom, bukan punca utama. Boleh jadi fenomena ini lebih kepada faktor sosioekonomi, persekitaran dan ekosistem sokongan.

“Kos sara hidup meningkat dan waktu kerja yang kurang fleksibel mungkin antara indikator utama yang mempengaruhi keyakinan pasangan muda untuk berkeluarga,” kata Anfaal Saari.

Image from: Faktor ekonomi pengaruhi fenomena bebas anak
Asal Usul Gerakan Bebas Anak. Grafik AZWA MALEK

Beliau memberitahu isu kadar kelahiran perlu diberi perhatian berikutan Selangor antara empat negeri terendah yang mencatat purata kelahiran 1.4 sekali gus bawah purata kebangsaan 1.6.

Bagi menanganinya, katanya, pendekatan Intervensi Sepanjang Kitaran Hayat Keluarga digunakan dengan menumpukan literasi praperkahwinan, kewangan, kesihatan reproduktif dan keibubapaan.

“Kerajaan Negeri mengiktiraf (bebas anak) adalah pilihan, bukan pemaksaan, justeru kita mahu perkukuh ekosistem keluarga dan mengurangkan beban struktural yang dihadapi mereka,” katanya.

Sebelum ini, Anfaal menegaskan perbincangan mengenai isu bebas anak perlu dihentikan sebelum ia menjadi gaya hidup dalam kalangan pasangan di negara ini.

Katanya, pasangan berkahwin perlu memiliki dua anak atau lebih untuk negara keluar daripada penguncupan populasi yang dijangka pada 2072 ekoran penurunan kadar kesuburan sejak 2010.

Sebelum ini, bekas Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilapor berkata fenomena bebas anak berlaku kerana menganggap ia satu beban, tidak selari sunnah Nabi Muhammad SAW.

Image from: Faktor ekonomi pengaruhi fenomena bebas anak
Pandangan mengenai bebas anak atau Child Free. GRAFIK AZWA MALEK

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved