Fara Salleh ‘Sound’ Iqram Dinzly Selepas Pertahankan Shuk Sahar

LocalEntertainment
14 Aug 2024 • 2:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini kami melaporkan yang pelakon dan usahawan, Iqram Dinzly tampil mempertahankan Shuk Sahar yang kini diuji dengan masalah rumah tangga.

Pelakon itu juga memohon orang ramai supaya tidak bulat-bulat percaya sebelah pihak sahaja dan pesan supaya hati-hati dengan wanita akhir zaman.

Terbaru! Menerusi Instagram, Fara Salleh meminta Iqram supaya jangan sibuk mengenai urusan rumah tangganya selepas memuat naik kenyataan panjang lebar mempertahankan Shuk.

image is not available

Bukan aku kahwin dengan kau ya, Encik Iqram. Jangan sibuk hal aku.

Sebelum ini, Iqram mendedahkan yang sepanjang perkenalan berkongsi booth jualan dengan Shuk, dia menyaksikan sendiri bagaimana pelawak itu berhempas pulas mencari rezeki.

Bukan tu jer, Shuk juga langsung tidak berkira kudrat dan masa serta rajin membantu sahabat-sahabat yang lain. 

Walaupun pernah tersilap langkah sebelum ini, Shuk dilihat berusaha gigih untuk bangkit kembali.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fara Salleh