Farid Kamil Dakwa Ada Pihak Ketiga Sokong Diana Danielle Minta Cerai

Entertainment
28 Mar 2023 • 11:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu kemelut rumah tangga pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil masih belum bertemu kata putus.

Menurut laporan Harian Metro, Farid ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini memberitahu tuntutan cerai isterinya itu didorong oleh pihak ketiga.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah sudah memberi petunjuk dan hidayah. Saya juga sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokong dia dari belakang.

image is not available

Saya kalau boleh nak tegakkan undang-undang Islam dan hak sebagai seorang suami, yang mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami. Dan bila kita menuntut jawapan daripada dia mengenai perkara itu, perpisahan yang diminta.

Saya sayangkan keluarga saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini. Saya baru mengesahkan mengenai hal ini hari ini tapi saya sudah maklum dari tahun lalu. Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah ‘terkantoi’ baru-baru ini,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua mereka hadir ke mahkamah bagi memaklumkan pihak mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.