Farid Kamil, Diana Danielle Bercerai

LocalEntertainment
24 Mar 2025 • 1:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ini merupakan perceraian kali kedua Farid Kamil dan Diana Danielle - Gambar fail

Rumahtangga pasangan pelakon popular Farid Kamil dan Diana Danielle yang berusia 13 tahun akhirnya terlerai selepas hero ‘Langit Cinta’ itu melafazkan cerai talak satu hari ini.

Lafaz cerai itu dilakukan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, lelaki berusia 43 tahun itu bersetuju untuk melafazkan cerai selepas kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk menyelesaikan kemelut secara baik.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes perceraian ini secara baik di mana Farid telah melepaskan Diana Danielle talak satu untuk kali keduanya,” ujar beliau ketika ditemui oleh pihak media. 

Mengulas lanjut, Diana, 34 bersyukur kerana isu perceraiannya akhirnya selesai secara baik hari ini.
 

Jelas Diana, baik dia dan Farid masing-masing akan sama-sama membesarkan cahaya mata mereka meskipun bukan lagi suami isteri. - Getaran, 24 Mac 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved