Fasa 2 Taman Reka Bentuk IC: Selangor sasar 800 peluang pekerjaan

LocalTechnology
8 Aug 2026 • 10:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Fasa 2 Taman Reka Bentuk IC: Selangor sasar 800 peluang pekerjaan

SHAH ALAM, 8 OGOS: Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) Cyberjaya bakal diperluas ke fasa dua bagi membuka 800 peluang pekerjaan bergaji tinggi serta melahirkan lima syarikat bernilai lebih RM500 juta.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, langkah di bawah Rancangan Selangor Kedua (RS-2) bertujuan meletakkan Selangor di fasa bernilai tinggi dalam rantaian semikonduktor dunia.

“Inisiatif pembangunan ini membolehkan syarikat-syarikat Selangor dapat memiliki hak harta intelek bagi reka bentuk cip litar bersepadu yang menjadi tulang belakang ekonomi digital dunia.

Maklumat berkaitan RS-2 boleh dimuat turun melalui pautan ini atau ini.

Image from: Fasa 2 Taman Reka Bentuk IC: Selangor sasar 800 peluang pekerjaan
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam sesi pembentangan Rancangan Selangor Kedua (RS2) ketika mesyuarat kedua persidangan penggal keempat Dewan Negeri Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor pada 7 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Dari segi pendanaan, Kerajaan Negeri berpandukan dua strategi iaitu dana modal teroka serta pelaburan domestik dan antarabangsa supaya keseluruhan rantaian sektor semikonduktor dapat menawarkan 10,000 peluang pekerjaan menjelang 2030,” katanya membentang RS-2 di sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Bulan lalu, EXCO Pelaburan Ng Sze Han berkata ekosistem Taman Reka Bentuk IC telah melatih seramai 850 jurutera sepanjang dua tahun lalu, dengan peserta latihan berjaya memperoleh penempatan latihan industri mahupun pekerjaan tetap.

Ekosistem ini menyaksikan syarikat beroperasi menyerap 400 jurutera baharu secara terus dengan tawaran gaji permulaan kira-kira RM5,000 sebulan.

Inisiatif ini turut mendapat sokongan lebih 100 universiti tempatan serta antarabangsa, selain melatih semula 50 pensyarah bagi meningkatkan kemahiran mereka.

Image from: Fasa 2 Taman Reka Bentuk IC: Selangor sasar 800 peluang pekerjaan
Selangor memiliki dua Taman Reka Bentuk IC Taman Reka Bentuk IC di Puchong yang dilancarkan pada Ogos 2024, manakala kemudahan kedua di Cyberjaya mula beroperasi pada November 2025.. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Kejayaan ini turut didorong oleh Dana Semikonduktor Ehsan bernilai RM100 juta yang ditubuhkan pada November 2025 bagi menyokong syarikat semikonduktor di dalam ekosistem tersebut.

Ketika ini, Selangor memiliki dua Taman Reka Bentuk IC Taman Reka Bentuk IC di Puchong yang dilancarkan pada Ogos 2024, manakala kemudahan kedua di Cyberjaya mula beroperasi pada November 2025.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved