‘Fasha dah korbankan masa, kita pula tunggu berjam-jam’

Entertainment
29 Jul 2026 • 10:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Fasha dah korbankan masa, kita pula tunggu berjam-jam’

Image from: ‘Fasha dah korbankan masa, kita pula tunggu berjam-jam’

KUALA LUMPUR – Tidak berkompromi apabila melibatkan soal disiplin, pelakon Catriona Ross mengakui dia juga akan bertindak seperti aktres Fasha Sandha sekiranya berdepan rakan pelakon yang berulang kali datang lewat hingga mengganggu kelancaran jadual penggambaran.

Ujar Catriona atau nama penuhnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 45, kelewatan berterusan bukan sahaja menyusahkan produksi, malah mengabaikan pengorbanan seluruh tenaga kerja di lokasi.

“Perkara itu juga akan saya lakukan jika sudah melampau. Kalau sekali atau dua kali, mungkin saya akan beritahu penerbit dan pengarah secara baik kerana itu tanggungjawab mereka.

“Tetapi kalau berlarutan seperti situasi Fasha, saya faham rasa kecewanya. Kita semua ada perancangan, sanggup tinggalkan rumah seawal mungkin semata-mata mahu tiba di lokasi tepat pada waktunya.

“Kemudian apabila sampai, kita pula terpaksa menunggu berjam-jam. Saya rasa kebanyakan pelakon juga akan bertindak sama jika berdepan situasi sebegitu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut, pelakon drama Primadona Makyung Bedah itu berkata setiap individu dalam produksi seharusnya menghormati masa kerana disiplin menjadi asas kepada kelancaran sesebuah penggambaran.

“Fasha sudah mengorbankan masa dan menghormati jadual kerja. Jadi apabila bekerja dengan individu yang tidak menghargai waktu, sudah tentu perkara itu menjadi isu.

“Suasana di set juga sukar harmoni jika masing-masing memendam rasa tidak puas hati. Kadang-kadang kita sudah maklumkan kepada penerbit, tetapi tiada tindakan diambil.

“Jadi, demi melancarkan kerja, mungkin kita sendiri perlu bercakap dengan individu tersebut. Saya tidak nampak perkara itu sebagai satu kesalahan. Kalau kejadian sama berulang kali, saya juga akan bertindak sedemikian,” ujarnya.

Sebelum ini, Fasha meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang didakwa kerap hadir lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan jadual produksi.

Bagaimanapun, aktres terbabit memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu berkenaan dan berharap teguran menerusi aplikasi WhatsApp menjadi pengajaran. – KOSMO! ONLINE.

The post ‘Fasha dah korbankan masa, kita pula tunggu berjam-jam’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved