Fasih Berbahasa Korea, Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai

18 Jul 2023 • 9:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemandu bot pelancong di Sabah raih perhatian netizen kerana pandai berbahasa Korea

Fasih Berbahasa Korea, Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai. Satu hantaran video yang dimuat naik oleh sebuah syarikat pelancongan baru-baru ini menjadi viral di media sosial. Video tersebut memaparkan pemandu bot pelancong memberi penerangan keselamatan kepada pelancong yang akan terlibat dalam aktiviti parasailing.

Menurut laporan, pemandu bot pelancong itu mula-mula menerangkan dalam bahasa Melayu, kemudian beralih ke bahasa Korea untuk memastikan pelancong dari Korea memahami arahan.

image is not available
Sumber: TikTok

Pelancong dari Korea itu memahami arahan yang diberi

Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan pelancong dari Korea memahami penjelasan tersebut dan memberi maklum balas kepada pemandu bot pelancong berkenaan.

Video itu dikongsi secara meluas di media sosial, terutama sekali di laman TikTok. Sementara itu, rata-rata netizen memuji pemandu bot pelancong itu kerana berkeyakinan memberikan penjelasan ringkas dalam bahasa Korea kepada pelancong Korea itu.

image is not available
Sumber: TikTok

Bukan itu sahaja, malah netizen mendakwa majoriti pemandu pelancong dan juga pemandu bot pelancong di Sabah bercakap lebih daripada dua bahasa.

Banyak pelancong dari Korea melancong ke Sabah

Untuk pengetahuan anda, Sabah merupakan destinasi pelancongan popular bagi warga Korea Selatan, dan terdapat penerbangan terus (direct flight) dari Korea ke Sabah, bahkan, di Sabah juga terdapat perkampungan Korea.

Baca juga artikel yang berkaitan: