“Walaupun slang jawa…” – [VIDEO] Netizen Tergamam Lihat Pemandu Pelancong Sabah Cakap Korea

Entertainment
17 Jul 2023 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Industri pelancongan di negara kita ini merupakan salah satu perkara yang boleh menjadi kebanggaan semua, banyak keunikan serta lokasi yang menarik di Malaysia ini yang membuatkan ramai pelancong ingin bertandang ke sini.

Terbaru, seorang pemandu pelancong di Sabah menarik perhatian netizen apabila dia yang sedang berada di atas bot itu bercakap dalam bahasa Korea ketika memberitahu langkah-langkah keselamatan untuk aktiviti parasailing yang ingin dilakukan.

Perkongsian video TikTok oleh @pakej_bajet_kundasang itu sangat menarik, pemandu pelancong berkenaan mulanya memberikan input tentang perihal keselamatan melakukan aktiviti tersebut dalam Bahasa Malaysia sebelum bercakap bahasa Korea dengan beberapa pelancong asing di situ.

“Walaupun ada slang jawa sikit…”

Rata-rata netizen teruja dengan tindakan pemandu pelacong tersebut dan ramai yang memuji usahanya untuk mempelajari Bahasa Korea agar semua pelancong dapat enjoy masa mereka di pulau peranginan tersebut.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 5 juta tontonan serta lebih 6K komen.

Bangga tengok usaha abang ni, keep up the good work bang!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.