Fathia Latiff kecewa makin selekeh, Ramona Zamzam cuba bantu – “I buat you cantik balik”

EntertainmentLifestyle
2 Dec 2025 • 12:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Ramona Zamzam menjadi perhatian apabila menawarkan diri untuk membantu pelakon Fathia Latiff untuk tampil lebih yakin dan kembali cantik.

Menerusi perkongsian di Threads, Fathia atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, meluahkan rasa kecewa dan mula hilang keyakinan diri apabila penampilannya didakwa sudah tidak kemas seperti dahulu.

Kecewa makin selekeh

image is not available

“Selekehnya saya sekarang, dengan rambut sanggul. Gemuk lagi,” ciapannya di threads.

Bagaimanapun, luahan itu telah meyentuh hati salah seorang rakan selebritinya iaitu Ramona Zamzam yang turut memberikan kata-kata semangat kepada pelakon itu terus bangkit.

image is not available

Difahamkan, Ramona juga menawarkan diri mahu membantu Fathia untuk kembali lebih yakin dengan mengajaknya untuk bersenam.

image is not available

“Tiya, mari bersenam dengan saya? Saya buat awak cantik semula,” tulisnya.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet dan rata-ratanya menitipkan kata-kata semangat agar pelakon Ariana Rose itu kembali yakin terhadap dirinya sendiri.

Jangan putus asa

image is not available

 

Awak boleh buat punya

image is not available

Pelakon paling cantik

image is not available

Artikel lain: ‘Kenapa orang selalu fikir kahwin, hari-hari tengok muka bosan juga’ – Fathia Latiff

Terdahulu, pelakon Ariana Rose itu pernah berkongsi pendapat berhubung perihal jodoh dengan menyatakan akur untuk tidak menikah selamanya sekiranya lelaki yang hadir tidak memenuhi kriteria yang diinginkan.

Bagaimanapun, tidak menolak untuk menjalinkan hubungan istimewa sekiranya terdapat individu yang memenuhi ciri-ciri pasangan hidup yang sesuai dengan keinginannya.

Sumber: Threads fatiyalatiff