Fattah Amin Akhirnya Jawab Soal Tarikh Kahwin Dengan Amira Othman

EntertainmentLifestyle
18 May 2025 • 5:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fattah Amin Amira Othman

Pelakon terkenal, Fattah Amin akhirnya bersuara mengenai desas-desus kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Amira Othman pada 25 Mei ini.

Menurut laporan mStar, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin tampil bersuara mengenai dakwaan itu. 

Fattah Amin akhirnya bersuara

image is not available

Pelakon lelaki itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan mengakui masih belum ada perancangan untuk menamatkan zaman dudanya.

Tiada tarikh kahwin. Saya nafikan perkara itu, tarikh nak kahwin tu memang tak wujud.

Hubungan dengan Amira Othman cuma profesional?

image is not available

Bukan tu jer. Fattah juga berkata dia faham keterujaan peminat untuk melihat mereka disatukan, namun menjelaskan bahawa hubungannya dengan Amira tidak seperti yang disangkakan.

Kami masih ada baki beberapa kontrak kerja bersama. Baju sedondon pun kebetulan.

Pelakon itu juga menceritakan mengenai pertemuan mereka di Singapura yang turut menjadi bahan spekulasi.

Terjumpa di Singapura hari itu sebab kebetulan, penganjur acara tu pernah jemput saya dulu, baru-baru ni jemput Amira pula.

Pssttt! Tak semua ‘sedondon’ itu bermakna jodoh. Kadang-kadang yang kita harap jadi kenyataan, cuma kebetulan yang indah. Jangan cepat buat andaian, ya!

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.