“Ia hanya spekulasi peminat”- Tular Desas Desus Bakal Berkahwin Pada 25 Mei, Ini Respon Fattah Amin

Entertainment
18 May 2025 • 1:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, industri hiburan tanah air kecoh apabila ada desas desus yang mengatakan bahawa pelakon, Fattah Amin bakal mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Amira Othman pada tanggal 25 Mei ini.

Namun, Fattah Amin tampil menyangkal spekulasi peminat-peminatnya mengenai tarikh tersebut.

image is not available

Menurut pelakon drama Hero Seorang Cinderella dan Suri Hati Mr. Pilot ini, tarikh tersebut tidak pernah dibincangkan antara pihaknya dan pihak Amira Othman

Fattah berkata demikian ketika ditemu ramah oleh Harian Metro ketika sebuah acara semalam di The Curve.

image is not available

“Saya perasan ada yang sebut 25 Mei tarikhnya, tapi sebenarnya tiada langsung tarikh perkahwinan ditetapkan antara saya dan Amira, “ jelasnya.

Menurut Fattah, tarikh tersebut merupakan spekulasi peminat yang mungkin gemar akan tarikh 25 Mei itu.

Jelas Fattah lagi, hubungannya dengan penyanyi lagu Hati Hati itu tidak lebih dari kawan kerja buat masa ini.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.