“Macam Mana Info Dalaman Ini Diketahui?” – Yuran Sekolah Anak Didakwa Tertunggak, Fattah Amin Bersuara

LocalEntertainment
26 Jul 2026 • 5:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon popular, Fattah Amin tampil bersuara selepas sebuah akaun Threads didakwa kerap menyampaikan naratif buruk mengenai dirinya.

Terbaru, akaun yang menggunakan nama Musang Berjanggut itu mendakwa Fattah tidak menjelaskan yuran persekolahan anak sehingga ianya tertunggak.

“Nampak gaya awak seperti ada access tentang personal melibatkan saya dan bekas isteri”

fattah amin

Jika sebelum ini, Fattah tidak ambil kisah tapi dakwaan kali ini disifatkan melampau. Selebriti ini memohon individu itu menyemak sendiri dengan pihak sekolah mengenai yuran persekolahan Fatima.

Image from: “Macam Mana Info Dalaman Ini Diketahui?” – Yuran Sekolah Anak Didakwa Tertunggak, Fattah Amin Bersuara

Fattah turut mempersoalkan bagaimana maklumat dalaman yang melibatkan urusan peribadi dia dan bekas isteri boleh diketahui oleh akaun tersebut.

Menurutnya lagi, hal berkaitan yuran dan urusan sekolah sepatutnya menjadi perkara sulit antara pihak sekolah dan ibu bapa.

fattah amin

Fattah turut mendakwa dia sudah lama membuat laporan terhadap akaun berkenaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Katanya, laporan itu dibuat kerana akaun terbabit didakwa sudah bertahun-tahun mewujudkan fitnah terhadap dirinya namun tiada tindakan lanjut.

fattah amin

Dalam hantaran terakhir, Fattah turut menegaskan bahawa fitnah boleh memecah-belahkan keharmonian masyarakat.

The post “Macam Mana Info Dalaman Ini Diketahui?” – Yuran Sekolah Anak Didakwa Tertunggak, Fattah Amin Bersuara appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved