Fattah Amin kongsi gambar cium pipi anak, sertakan sekali emoji hati

LocalEntertainment
24 Sep 2024 • 7:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Fattah Amin kongsi gambar cium pipi anak dengan menyertakan sekali emoji hati tanpa sebarang kapsyen.

Perkara itu dikongsikan Fattah Amin di ruangan Insta Story dan pastinya menarik perhatian ramai.

image is not available

Fattah Amin kongsi gambar dengan Fatima

Anaknya, Fatima Aisya juga dilihat membuat simbul berbentuk hati dalam gambar tersebut dan tersenyum bahagia apabila dicium bapanya.

Ia menjadi perhatian susulan berita mengatakan bahawa esok adalah hari dimana sebutan berkenan tuntutan perceraian yang dibuat isteri, Fazura akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

image is not available

Fattah Amin kongsi gambar dengan Fatima sehari sebelum sebutan tuntutan penceraian

Sebelum ini, Fattah ada berkongsi semula hantaran yang dibuat di akaun Instagram Fattzura dimana Fatima mengucapkan selamat hari lahir buat aktor berkenaan serta sebiji kek yang memperlihatkan gambar mereka berdua.

Pelakon itu hanya mengucapkan terima kasih diatas ucapan tersebut kepada anak dan isterinya dengan hahstag #doayangbaikbaik selepas tular berita tuntutan penceraian.

Instagram will load in the frontend.

Terdahulu, selebriti dan usahawan popular, Fazura telah mengejutkan peminatnya apabila menfailkan tuntutan penceraian terhadap suami selepas 7 tahun berumah tangga.

image is not available

Pelbagai spekulasi berkenaan keretakan rumah tangga mereka tersebar dan ada diantaranya mengaitkan dengan kewujudan orang ketiga.

Walau bagaimanapun, Fattah menafikan tuduhan tersebut dan masing-masing tidak membuka mulut langsung berkenaan isu yang terjadi dalam perkahwinan mereka sehingga kini.

Sumber: Instagram fattahaminz