Fattah Amin Syukur Imej Amira Othman Dipuji, Anggap Inspirasi Buat Masyarakat

EntertainmentLifestyle
15 Apr 2026 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Fattah Amin menyifatkan pujian netizen terhadap penampilan isterinya, Amira Othman sebagai satu perkara positif yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat.

Menurut Fattah, dia bersyukur apabila imej pemakaian Amira mendapat perhatian dan dijadikan contoh oleh orang ramai, khususnya dalam kalangan peminat.

Advertisement
View this post on Instagram

“Saya pun ada ternampak juga komen yang orang puji imej pemakaian Amira. Bagi saya, itulah yang sepatutnya apabila kita bergelar selebriti, menjadi contoh dan teladan yang baik kepada peminat serta masyarakat.”

“Bila ada yang mengambil inspirasi daripada kita, sudah tentu kita berasa terharu dan bersyukur.”

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

Dalam masa sama, Amira turut berkongsi pandangannya dan menegaskan bahawa dia hanya menjadi diri sendiri tanpa cuba menonjol secara berlebihan.

“Saya hanya menjadi diri sendiri. Bila ada yang jadikan penampilan saya sebagai inspirasi. Saya sangat bersyukur dan anggap itu sebagai satu rahmat.”

“Tapi saya tidak mahu terlalu berlebihan sebab mungkin hari ini orang suka, kemudian hari, bimbang pula ia tidak disenangi. Apa pun, saya mengharapkan semua doakan yang baik-baik, mudah-mudahan ia berkekalan lah kan.”

Tambah Amira, walaupun menganggap pujian tersebut sebagai sesuatu yang positif, dia tetap berhati-hati dan berharap segala yang baik dapat dikekalkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nia atasha2026-04-15 10:51:25

Nia Atasha Nafi Tinggal Serumah Dengan Sky Iskandar - "Taklah, Kami Tinggal Setaman"

The post Fattah Amin Syukur Imej Amira Othman Dipuji, Anggap Inspirasi Buat Masyarakat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article