
Tular satu video di TikTok memaparkan pelakon, Fattah Amin berkongsi pesanan yang diberikan ayahnya, Mohd Amin Musa.
Kongsi Pesanan Ayah
Dalam entri tersebut, Fattah menyatakan ayahnya menitipkan pesanan untuk tidak melakukan perkara yang tidak baik yang boleh menjejaskan kehidupan berumah tangga.
“Jangan pernah terfikir untuk khianat dan curang terhadap isteri...
Antara perkara yang tidak baik dilakukan itu termasuklah berlaku curang terhadap isteri.
“Ayah pernah pesan waktu mula-mula nak berkahwin dulu, jangan buat perkara yang tidak baik.
“Jangan pernah terfikir untuk khianat dan curang terhadap isteri,” ujarnya.
Menurut aktor filem Pendekar Awang tersebut setiap keburukan yang dilakukan pasti akan mendapat balasan daripada Allah SWT.
“Sebab apa saja benda tak baik yang kita buat pada diri kita, Allah pasti akan membalasnya.
“Bila buat benda yang tak baik, jangan fikir kita tak dapat balasan.
“Balasan itu sama ada Allah bayar ‘cash’ di dunia atau kita akan dapat balasan di akhirat,” katanya.
BERITA TRENDING: Individu Ini Dedah Perangai Fattah Amin Waktu Kerja - “Setiap Kali Masuk Waktu Solat, Dia Orang Pertama Yang Minta…”
BERITA TRENDING: "Memang Fazura Dan Fattah Orang Yang Baik" - Ina Naim
Selain itu, Fattah juga berkongsi pesanan ayahnya untuk tidak patah semangat meskipun menerima pelbagai komen negatif daripada segelintir pihak.
“Ayah juga ada pesan pada saya yang kita ini hidup bukan untuk puaskan hati orang.
“Pertama sekali, apa yang kita buat adalah kerana Allah dan keduanya adalah untuk diri kita.
“Apa saja yang orang cakap mengenai kita, abaikan saja. Teruskan hidup dan sentiasa kuatkan semangat,” kongsinya.
@kasi.umbrella Replying to @Wahida Amiera Danisha ♬ Ernie Zakri Masing Masing Speed Up - Ernie Zakri Vocals

