Fattah & Amira umum pernikahan 14 September ini

LocalEntertainment
8 Sep 2025 • 5:03 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Akhirnya terjawab teka-teki mengenai hubungan antara pelakon popular, Fattah Amin dan penyanyi serta pelakon, Amira Othman.

Pasangan itu mengumumkan tarikh pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 14 September ini dalam sebuah majlis.

Fattah yang tampil sedondon bersama Amira, sempat menyanyikan sebuah lagu sebelum naik ke pentas untuk berkongsi berita gembira tersebut.

“Mesti ramai yang pelik kenapa saya ada di majlis pelancaran ini. Sebenarnya saya ada berita baik untuk dikongsikan. Semua orang tahu kami rakan sekerja. Selepas beberapa lama tempoh perkenalan, hari ini kami ingin membuat pengumuman.

“Jika diizinkan Allah, kami mahu menukar status daripada rakan sekerja kepada rakan serumah,” katanya sambil tersenyum.

Baca juga:

Amira pula memaklumkan bahawa majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV 2.0.

Terdahulu, nama Fattah dan Amira sering menjadi perbualan netizen apabila gandingan mereka kelihatan cukup serasi, malah kerap bersama sebagai duta produk. Namun, setiap kali ditanya mengenai status hubungan, kedua-duanya sekadar menjawab mereka hanyalah “rakan sekerja”.

Sumber: Media Hiburan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved