Fauziah Nawi Nasihat Pelakon Jangan Berlebihan Berlakon Babak Beremosi – “Seni Lakonan Bukan Tentang…”

30 Oct 2026 • 11:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Fauziah Nawi Nasihat Pelakon Jangan Berlebihan Berlakon Babak Beremosi – “Seni Lakonan Bukan Tentang…”

Pelakon berpengalaman, Fauziah Nawi berpendapat seseorang pelakon perlu bijak mengawal emosi ketika menjayakan sesuatu watak agar lakonan yang dipersembahkan tidak kelihatan berlebihan.Menerusi perkongsian di Threads, Fauziah memaklumkan bahawa tindakan berlebih dalam melakonkan babak sedih, marah mahupun derita boleh menyebabkan seseorang pelakon hilang kawalan ketika menyampaikan sesuatu babak.“Dalam lakonan, pelakon perlu belajar membezakan antara merasai emosi dengan melambakkan emosi.“Apabila terlalu ghairah mahu menunjukkan kesedihan, kemarahan atau penderitaan, pelakon mungkin berlebihan sehingga kehilangan kejujuran dan kawalan.“Lakonan yang kuat bukanlah apabila emosi diluahkansebanyak-banyaknya, tetapi apabila pelakon tahu bila harus melepaskan dan bila harus menahannya,” kongsinya.Dalam masa yang sama, Fauziah menegaskan bahawa sudah menjadi tugas pelakon untuk memberi rasa kepada penonton menerusi lakonan yang bersahaja dan tidak berlebihan.“Kadangkala, emosi yang tertahan, suara yang terputus atau air mata yang tidak jatuh jauh lebih menyentuh daripada tangisan yang melimpah-ruah.“Kerana hakikatnya, seni lakonan bukan tentang menunjukkan kepada penonton betapa sedihnya kita, tetapi membuatkan penonton merasakan kesedihan itu tanpa kita perlu menunjukkannya secara berlebihan,” tambahnya lagi.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved