Fauziah Nawi Tegur Artis Senior Jangan Perkecilkan Pelapis Untuk Bukti Hebat – “Menegur Itu Hak, Membimbing Itu Sumbangan…”

27 Oct 2026 • 8:15 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Fauziah Nawi Tegur Artis Senior Jangan Perkecilkan Pelapis Untuk Bukti Hebat – “Menegur Itu Hak, Membimbing Itu Sumbangan…”

Pelakon vateran, Datuk Fauziah Nawi, berpandangan bahawa golongan artis senior tidak seharusnya memperkecilkan kemampuan pelapis industri seni semata-mata untuk membuktikan kehebatan diri.Menerusi perkongsian di Threads, Fauziah berkata kehebatan sebenar seorang seniman bukan hanya terletak pada pengalaman dan pencapaian yang dimiliki, sebaliknya turut dinilai melalui kesediaan mereka membantu generasi baharu memperbaiki diri serta mengembangkan potensi mereka.“Artis senior tidak perlu mengecilkan pelapis untuk membuktikan kebesarannya. Besarnya seorang seniman terserlah apabila dia mampu membantu orang lain menjadi lebih baik daripada dirinya.“Kita tidak mengharapkan semua artis senior menjadi guru. Tetapi apabila mereka memilih untuk bersuara tentang kelemahan pelapis, alangkah baiknya jika suara itu turut membawa penyelesaian.“Menegur itu hak. Membimbing itu sumbangan. Mewariskan ilmu itu legasi,” tegasnya.Tambah Fauziah lagi, kematangan seseorang artis senior tidak seharusnya diukur berdasarkan tempoh penglibatan mereka dalam industri semata-mata, sebaliknya merangkumi kesediaan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan generasi seterusnya.“Kematangan seorang artis senior bukan hanya diukur melalui berapa lama dia berada dalam industri, tetapi melalui kesediaannya berkongsi ilmu dan membesarkan generasi selepasnya,” coretnya.Sumber: Threads @fauziahnawi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved