Fauziah Nawi pantang dipanggil makcik, selesa digelar auntie -“Ada style..”

EntertainmentLifestyle
24 Sep 2025 • 5:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seniwati Datuk Fauziah Nawi menegaskan beliau tidak selesa dipanggil dengan gelaran makcik, sebaliknya lebih senang jika orang memanggilnya auntie.

“Panggil makcik, aku akan terus tak tegur kau. Sumpah, aku pantang orang panggil aku makcik. Auntie okey.
“Arwah mak aku dulu pernah cakap ‘kau gila’. Baginya, makcik dan auntie tu sama je.
“Cuma, bagi saya, auntie ada style, makcik pula terbayang orang makan sireh,” katanya, baru-baru ini.

image is not available

image is not available

Fauziah Nawi pantang dipanggil makcik

Fauziah turut mendedahkan beliau pernah mengalami situasi kurang menyenangkan apabila disapa dengan panggilan tersebut ketika membeli-belah.

“Katakanlah saya tengah beli barang, barang tu murah. Kalau orang sapa saya makcik, saya akan terus letak balik barang tu, keluar, tak nak beli,” jelasnya.

image is not available

Namun begitu, Fauziah secara berseloroh berkata beliau tidak kisah sekiranya dipanggil dengan gelaran yang lebih berusia.

“Panggil aku nenek, aku okey,” ujarnya.

Sumber: Gempak (Amri Hassan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved