(VIDEO) Fauziah Nawi Pantang Dipanggil ‘Makcik’, Lebih Selesa Gelaran ‘Auntie’ – “Auntie Ada Style, Makcik Terbayang Orang Makan Sireh”

EntertainmentLifestyle
24 Sep 2025 • 2:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui satu hantaran di Instagram, seniwati Datuk Fauziah Nawi meluahkan rasa kurang selesa selepas dipanggil dengan gelaran ‘makcik’, sebaliknya merasakan lebih ideal dipanggil ‘auntie’.

Katanya, perkara tersebut sudah lama tidak disukai olehnya, malah menganggap istilah ‘auntie’ lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan ‘makcik’.

Panggil makcik, aku akan terus tak tegur kau. Sumpah, aku pantang orang panggil aku makcik. Auntie okay. Bagi saya, auntie ada style. Makcik pula terbayang orang makan sireh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by muviigrind (@muviigrind)

Dalam pada itu, Fauziah turut berkongsikan pengalamannya dipanggil dengan gelaran ‘makcik’ sewaktu sedang membeli-belah, sebelum ini.

Kalau orang sapa saya makcik, saya akan terus letak balik barang tu, keluar, tak nak beli.

Tetapi sebaliknya, pelakon tersebut tidak kisah jika dipanggil dengan gelaran lebih tua iaitu nenek.

image is not available 2025-07-14 14:17:13

"Kau Apa Hal??!" - Datang Tuding Jari Depan Muka, Sheila Majid Tegur Generasi Muda Tidak Beradab