Hidup ini perlu banyak empati diri – Liyana Jasmay

EntertainmentLifestyle
6 Oct 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hidup ini perlu banyak empati diri – Liyana Jasmay

KUALA LUMPUR: Pelakon, Liyana Jasmay berpandangan penggiat seni yang lebih senior perlu mengambil inisiatif untuk mengenali artis yang lebih baharu.

Hal demikian kerana pengalaman artis baharu dapat membantu untuk artis lama merendah diri.

“Saya sedar  kalau anda usaha dengan ikhlas, banyak benda yang datang balik pada anda dalam keadaan baik.

“Hidup ni perlu banyak empati dalam diri, perlu banyak kasih sayang and perlu banyak kesedaran dgn keadaan keliling.

“I suka kenal orang baru, suka mendengar kisah kehidupan manusia lain , perjalanan hidup mereka sebab ia mengajar saya untuk merendah diri and selalu bersyukur,” katanya.

Dalam masa yang sama, Liyana juga enggan menghakimi seseorang itu kerana baginya, dia tidak berada dalam situasi mereka.

“Siapa kita untuk menghakimi perjalanan hidup orang lain. Saya memang boleh rasa vibe org, i boleh detect kalau sejenis kau jujur atau menipu, ke atau berpura-pura.

“Saya ini memang aneh-aneh juga, saya sejenis random, emosi saya ibarat rollercoaster, kada kala saya  rasa saya punya tenaga memang lain macam bila saya tengah kerja,” ujarnya. – UTUSAN 

The post Hidup ini perlu banyak empati diri – Liyana Jasmay appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved