Favelle Favco raih tiga tempahan kren luar pesisir RM89 juta daripada Saipem, MHB & OceanMight

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2026 • 6:06 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Favelle Favco raih tiga tempahan kren luar pesisir RM89 juta daripada Saipem, MHB & OceanMight Image from: Favelle Favco raih tiga tempahan kren luar pesisir RM89 juta daripada Saipem, MHB & OceanMight liza25/09/2026 - 18:06 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 25 Sept – Favelle Favco Berhad menerima tempahan bagi membekalkan tiga kren luar pesisir dengan nilai gabungan kira-kira RM88.8 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata anak syarikat Favco iaitu Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd menerima tempahan pembelian daripada tiga pelanggan bermula dari tempoh 17 September hingga 25 September 2026.

 

“Tempahan pertama diterima daripada Saipem Offshore Construction SPA bagi membekalkan sebuah kren luar pesisir yang dijangka dihantar menjelang akhir 2027.

 

“Favelle Favco Cranes turut menerima tempahan daripada Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd bagi membekalkan sebuah kren luar pesisir, yang dijangka dihantar menjelang akhir 2027.

 

“Sementara itu, OceanMight Sdn Bhd membuat tempahan bagi sebuah kren luar pesisir daripada Favelle Favco Cranes, dengan penghantaran dijangka pada suku ketiga 2027,” katanya.

 

Kontrak beri kesan positif kepada pendapatan

Favco berkata ketiga-tiga kontrak berkenaan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 serta tahun-tahun berikutnya.

 

Syarikat bagaimanapun tidak mendedahkan nilai setiap kontrak secara berasingan, sebaliknya menyatakan nilai gabungan ketiga-tiga tempahan tersebut adalah kira-kira RM88.8 juta.

 

Favco berkata kontrak berkenaan tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.

 

Selain itu, tiada mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau pihak yang berkaitan dengan mereka mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam ketiga-tiga kontrak tersebut.

 

Lembaga Pengarah Favco berpandangan bahawa penerimaan kontrak berkenaan adalah demi kepentingan terbaik syarikat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved