
Menerusi Instagram, Fazura telah memuat naik gambarnya bersama Fatima dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan mendoakannya.
Pelakon filem Pendekar Awang itu turut menjelaskan bahawa keputusannya pada 13 September lalu memfailkan cerai terhadap suami bukanlah dibuat tanpa pertimbangan.
Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.

Tambah ibu kepaa Fatima itu lagi, dia masih kekal dengan keputusannya untuk meneruskan perceraian dengan Fattah Amin selepas hampir tujuh tahun perkahwinan.
Dalam pada itu, Fazura turut memohon agar peminat dan orang ramai mendoakan agar proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar.
Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.
View this post on Instagram
Tunggu Saman! Fazura Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Individu Sebar Fitnah Dirinya Suka Hadiri ‘Private Party’
The post “Faz Nekad Dengan Keputusan Ini Demi Maruah Faz Sebagai Wanita Dan Kesejahteraan Fatima” – Fazura first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

