Fazura disifatkan pemurah, sering hulur bantuan secara senyap

EntertainmentLifestyle
18 Mar 2026 • 1:59 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pelakon Nur Fazura sekali lagi menjadi perhatian apabila sisi peribadinya yang jarang diketahui umum didedahkan seorang individu di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, individu dikenali sebagai Hafiz Mohamed Nassir berkongsi pengalamannya bekerja bersama Fazura yang disifatkan sebagai seorang yang pemurah dan gemar bersedekah secara senyap.

Menurutnya, sepanjang tempoh bekerjasama, Fazura tidak pernah menghebahkan bantuan yang disalurkan kepada golongan memerlukan.

“Sepanjang pengalaman saya bekerja dengannya, ada satu perkara yang ramai mungkin tidak tahu.

“Fazura sangat suka bersedekah, tetapi dia tidak pernah menceritakan perkara itu kepada umum. Banyak kebaikan dilakukan secara senyap dan penuh keikhlasan,” katanya. 

Tambah Hafiz, antara yang pernah disaksikannya ialah usaha konsisten pelakon itu menyalurkan bantuan makanan setiap hari Jumaat kepada anak-anak yatim dan golongan memerlukan.

“Setiap Jumaat akan ada bantuan makanan dihantar, termasuk satu lori penuh beras dan keperluan asas.

“Ia dilakukan secara konsisten tanpa hebahan atau publisiti,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan Fazura sebagai seorang yang lemah lembut, baik hati serta penuh kasih sayang terhadap individu di sekelilingnya.

Katanya, keperibadian seseorang dapat dilihat melalui cara mereka melayan orang lain, meskipun tidak semua perkara yang dilakukan diketahui umum.

Perkongsian tersebut meraih perhatian warganet yang rata-ratanya memuji sikap pelakon itu serta menyifatkannya sebagai contoh figura yang menggunakan pengaruh untuk membantu golongan memerlukan tanpa mengharapkan perhatian. -MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved