Fazura Komen Isu Fasha Sandha Terkilan Ditegur Pramugari - “Ia tidak Menentukan Status Atau Kestabilan Kewangan Sesiapa”

4 Apr 2025 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian pelakon Fasha Sandha yang berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menaiki sebuah penerbangan turut mendapat perhatian rakan baiknya, aktres Nur Fazura.

Bukan penentu

Menerusi komen yang ditinggalkan di perkongsian itu, Fazura berkata pemilihan untuk perkhidmatan menaiki sebuah penerbangan bukan penentu status atau kestabilan kewangan seseorang itu.

 

“Itu adalah kenyataan yang tidak sesuai. Yakinlah, tak salah langsung pun nak naik kelas ekonomi, kelas bisnes, mahupun nak naik bas.

 

“Ia tidak menentukan status atau kestabilan kewangan sesiapa. Kita semua sama, pilihan kita saja kadang berbeza,” komen Fazura.

Sampai dengan selamat

Bagi penyanyi lagu Raya Pum Pang ini, seseorang itu sampai ke destinasi yang ditujukan dengan selamat sudah memandai.

 

“It's ok girl, you do you. Asalkan selamat sampai tujuan, itu yang penting. Alhamdulillah. Hugs,” ujarnya lagi.

 

Sebelum ini, Fasha Sandha berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menaiki sebuah penerbangan sempena sambutan Aidilfitri yang turut jatuh pada hari ulang tahun perkahwinannya pada 30 Mac lalu.

 

Menerusi catatan yang dimuat naik Fasha di Instagramnya, dia mendedahkan dirinya ditegur oleh seorang pramugari dengan pertanyaan yang dirasakannya tidak wajar.

 

Menurut Fasha, walaupun bergelar selebriti, dia memilih untuk menaiki kelas ekonomi atas dasar berjimat dan mengamalkan gaya hidup sederhana.

 

Fasha turut menegaskan bahawa duduk di kelas ekonomi bukanlah sesuatu yang memalukan, malah ia pilihan peribadi yang wajar dihormati oleh semua pihak, termasuk kru penerbangan.