Fazura tak menyesal hubungan dengan Fattah berakhir – “Saya bangga kerana kembali pulih..”

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 1:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fazura tak menyesal

Pelakon sensasi, Nur Fazura tak menyesal hubungan dengan bekas suaminya, Fattah Amin berakhir selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Kata Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, dia sudah kembali bangkit untuk terus kuat dalam meneruskan kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal.

Fazura tak menyesal

image is not available

“Saya berkahwin tujuh tahun dan baru sahaja bercerai sebulan lalu. Tiada penyesalan.

“Saya bangga kerana kembali pulih dan telah memberikan sepenuhnya dalam perkahwinan,” katanya.

Pelakon filem Pisau Cukur itu berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam program bual bicara Sea Today di Jakarta, Indonesia untuk mempromosikan lagu terbaharunya, Bertahan Demi Cinta.

Dalam bual bicara itu juga, Fazura turut berkongsi inspirasi lagu tersebut mengisarkan berkaitan dugaan alam rumah tangga yang ditempuhi pasangan suami isteri.

Fazura tak menyesal

image is not available

“Lagu ini tentang seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Dalam perkahwinan banyak halangan dan perlu bertahan demi cinta dan sebab itu tajuk lagu ini ‘Bertahan Demi Cinta’,” ujarnya.

Sekadar info, pasangan selebriti itu telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, hari ini selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

image is not available

Sumber: YouTube @Sea Today News