”Bukan Luarannya Je Baik, Tapi Hati Sangat Jahat” – Fazura Akui Trauma

EntertainmentLifestyle
22 Aug 2025 • 10:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia bodyguard Fazura

Pelakon dan penyanyi terkenal, Fazura mendedahkan dirinya kini lebih berhati-hati dalam memilih rakan sekerja selepas melalui pengalaman berdepan dengan individu yang bermuka-muka.

Menerusi sesi siaran langsung yang tular di TikTok, Fazura mengakui dirinya sudah trauma dengan sikap sesetengah individu yang kelihatan baik di luar tetapi sebaliknya menyimpan niat jahat.

Saya dah trauma dengan manusia yang luarannya nampak pijak semut tak mati (lembut) tapi sebenarnya…

Hanya mahu kerjasama dengan individu yang benar-benar baik

Fazura menegaskan bahawa dalam kerjayanya kini, dia hanya mahu bekerjasama dengan orang yang benar-benar baik hati, bukan yang berpura-pura.

Saya nak bekerja dengan orang yang baik, luar dan dalam baik. Bukan luarannya je baik tapi hati sangat jahat.

Fazura senang dengan rakan kerja yang ikhlas

image is not available

Dalam perkongsian itu, Fazura turut menyebut beberapa nama rakan dalam industri seni yang disifatkan baik dan membuatkannya berasa selesa untuk bekerjasama.

Bagi Fazura, keikhlasan dan kejujuran dalam bekerja jauh lebih penting berbanding sekadar berpura-pura mesra demi kepentingan diri.

Pssttt! Dalam hidup dan kerjaya, pilihlah orang yang ikhlas serta jujur untuk berada di sisi kita. Topeng kepura-puraan mungkin indah seketika, tapi akhirnya akan merosakkan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.