FBI Mengesahkan Mereka Membeli Data Lokasi Pengguna

WorldTechnology
19 Mar 2026 • 9:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Salah satu agensi pihak berkuasa Amerika Syarikat, FBI kini mengesahkan yang mana mereka membeli data dan informasi melibatkan lokasi pengguna daripada pihak ketiga dan penyedia data berkaitan. Data tersebut dilihat boleh digunakan untuk tujuan pemantauan, sekaligus melanggar privasi para pengguna.

image is not available

Sebelum ini, di Amerika Syarikat, sekiranya pihak berkuasa ingin mendapatkan data lokasi, maka mereka memerlukan waran khusus untuknya. Waran berkenaan kemudiannya akan dirujuk kepada penyedia telekomunikasi, dan mendapatkan data berkaitan. Namun, dengan membeli data lokasi secara komersial daripada penyedia data lokasi, maka tiada sebarang waran dilihat diperlukan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui seberapa luaskan data lokasi yang dihimpunkan FBI, dan apakah bentuk pemantaun yang mereka gunakannya untuk. Sebelum ini, pihak berkuasa Amerika turut telah meminta penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan untuk menawarkan akses untuk tujuan pemantauan. Pihak Anthropic menarik diri daripada penawaran berkenaan, tetapi penyedia lain seperti OpenAI dilihat meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat.

Ia tidak diketahui sebarapa luaskan data yang digunakan oleh FBI atau agensi penguatkuasaan lain di Amerika untuk pemantauan dan lain-lain. Sebelum ini, beberapa penyedia dan pembangun aplikasi didapati menjual sejumlah data yang dihimpunkan kepada ejen berkaitan dalam menjana pendapatan tambahan.