Felda rugi hampir RM10 bilion akibat salah urus – Anwar

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 3:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Felda rugi hampir RM10 bilion akibat salah urus – Anwar

TAMPIN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Felda pernah menanggung kerugian hampir RM10 bilion susulan kelemahan pengurusan serta campur tangan politik yang berlebihan sehingga menjejaskan kedudukan kewangan agensi itu.

Menurut beliau, kerajaan kini mengambil alih tanggungjawab mengurus dan memulihkan Felda bagi memastikan institusi yang menjadi kebanggaan peneroka Melayu itu kembali kukuh.

“Saya sekarang ambil alih dan jaga Felda. Sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri, saya menerima laporan bahawa Felda terhutang hampir RM10 bilion,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajudin, Gemas, hari ini.

Anwar berkata, suatu ketika dahulu Felda muncul sebagai antara syarikat perladangan terbesar di dunia yang mencatat keuntungan berbilion ringgit setiap tahun, sekali gus memberi pulangan lumayan kepada ratusan ribu keluarga peneroka.

“Dulu Felda untung berbilion ringgit setahun. Ibu bapa kita meneroka tanah dan menikmati hasilnya. Tetapi apabila berlaku perubahan pengurusan dan campur tangan politik yang berlebihan, akhirnya Felda yang untung kini menanggung kerugian hampir RM10 bilion,” katanya.

Beliau turut menepis dakwaan kononnya Felda tidak mengalami kerugian dengan menjelaskan kerajaan masih menanggung beban kewangan yang besar bagi membantu agensi berkenaan.

“Saya bayar setiap tahun RM980 juta untuk menampung kerugian Felda. Siapa kata tiada kerugian?” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Felda rugi hampir RM10 bilion akibat salah urus – Anwar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved