Subsidi kekal, kerajaan terus lindungi rakyat hadapi krisis minyak

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 12:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Subsidi kekal, kerajaan terus lindungi rakyat hadapi krisis minyak

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Kerajaan tidak akan mengurangkan mana-mana subsidi sedia ada kepada rakyat meskipun diunjurkan menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion bagi tahun ini berikutan konflik di Asia Barat.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata pendirian kerajaan ketika ini adalah untuk meneruskan pelbagai bentuk bantuan, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Beliau berkata pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak September tahun lalu berjaya melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga minyak dunia ketika krisis di Asia Barat memuncak pada Mac dan April lalu.

“Dengan harga yang ditetapkan dan kuota yang diberi, rakyat tidak terjejas dan tidak dipengaruhi oleh keadaan yang berlaku di Asia Barat.

“Rakyat bayar RM1.99 (seliter) walaupun pada Mac dan April harga sebenar sampai RM5. Inilah dua sumbangan yang penting telah diperkenalkan melalui BUDI95, iaitu harga kekal semasa krisis dan kerajaan telah memastikan rakyat ada bekalan minyak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Image from: Subsidi kekal, kerajaan terus lindungi rakyat hadapi krisis minyak
Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. Foto BERNAMA

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) sama ada kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi lain, termasuk bahan makanan dan bantuan STR, SARA atau bantuan persekolahan susulan unjuran subsidi produk petroleum yang besar tahun ini.

Liew berkata kerajaan telah memastikan kestabilan harga petrol dan bekalan bahan api walaupun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran global.

“Saya rasa inilah keunikan dan juga kelebihan BUDI95. Di Malaysia, kita masih (mengharungi) kesesakan jalan raya kerana kita ada bekalan minyak,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved