Hujan Lebat Diramal Landa Enam Negeri Petang Ini

30 Oct 2025 • 3:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa Enam Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan enam negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah dijangka hujan sementara seluruh kawasan Pulau Pinang pula diramal hujan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak Pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Selain itu, beberapa daerah di Selangor turut diramal hujan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Kuching), Serian, Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis).

“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Tenom dan Keningau), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0YGsZTiqJC4yj1v7fWzrUFTGDCQdZ9XFHPEuVkC87APk2o2zTZaMmvoPD2FvAd1Egl