Fermin Aldeguer, Rider of The Race IndonesianGP

7 Oct 2025 • 12:18 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


Persembahan menakjubkan dari Fermin Aldeguer di Litar Mandalika telah melayakkan pelumba muda Sepanyol itu dinobatkan sebagai Rider of The Race bagi kategori MotoGP. Mewakili pasukan Gresini Racing, Aldeguer menunjukkan ketenangan luar biasa dalam perlumbaan yang penuh tekanan dan perubahan strategi.

Meskipun ini musim rookie beliau dalam kelas perdana, Aldeguer membuktikan bahawa dia mampu bersaing dengan nama-nama besar. Aksi memintas berani, race pace yang stabil, dan keupayaan mengawal jentera dalam kondisi mencabar menjadikan prestasinya di Indonesia benar-benar menyerlah.

Anugerah ini bukan sekadar simbolik akan tetapi ia mengesahkan bahawa Aldeguer kini bukan sekadar bakat masa depan namun sudah pun menjadi ancaman semasa dalam MotoGP. Dengan empat pusingan berbaki, ramai yang kini tertumpu untuk melihat sejauh mana bintang muda ini boleh pergi dalam kempen sulungnya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved