Ferrari Luce Dilelong RM161 Juta, Catat Rekod Kereta Baharu Termahal

Business & FinanceCars
19 Aug 2026 • 9:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ferrari Luce Dilelong RM161 Juta, Catat Rekod Kereta Baharu Termahal

Kereta elektrik pertama Ferrari, Luce, dijual pada harga £29.5 juta (kira-kira RM161 juta) dalam jualan amal, sekali gus mencatat rekod sebagai kenderaan baharu paling mahal pernah dijual melalui lelongan.

Jualan Ferrari Luce, hasiil reka cipta pereka iPhone British, Sir Jony Ive, berjaya mengumpul lebih 35 kali ganda daripada harga biasa kereta itu dalam acara lelongan di RM Sotheby's, California.

Pelancaran Luce pada Mei lali menerima kritikan apabila sesetengah pengulas berpendapat reka bentuknya terlalu menyimpang daripada identiti tradisional Ferrari.

Mereka menyifatkan penggunaan kuasa bateri serta kapasiti lima tempat duduk sebagai ciri utama menyebabkan kereta itu dilihat semakin jauh daripada identiti asal jenama berkenaan.

Ferrari Luce Dilelong Pada Harga RM161 Juta

Sotheby’s memaklumkan bahawa keseluruhan hasil jualan itu akan disumbangkan kepada program pendidikan di bawah Ferrari Foundation.

Bagaimanapun, Sotheby’s tidak mendedahkan identiti pembeli Ferrari Luce berkenaan yang menampilkan kemasan unik serta beberapa komponen khas yang ditempah khusus.

Pelancaran Luce sebelum ini disifatkan sebagai antara pelancaran model kereta baharu terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia sekali gus menandakan kemasukan pertama Ferrari ke pasaran kenderaan elektrik (EV) yang didominasi Tesla milik Elon Musk dan pengeluar kereta dari China.

Baca juga:

Presiden Itali, Sergio Mattarella dan Pope Loe turut dijemput untuk melihat kenderaan baharu dari jenama mewah tersebut.

Namun, harga saham Ferrari merosot sehari selepas Luce dilancarkan susulan kritikan terhadap model berkenaan, termasuk dari Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvani serta bekas Pengerusi Ferrari, Luca Cordero di Montezemolo.

Montezemolo menyifatkan kereta itu sebagai model yang "berisiko memusnahkan sebuah legenda”, namun Ketua Pegawai Reka Bentuk Ferrari, Flavio Manzoni berkata kritikan merupakan sebahagian daripada proses inovasi dan beliau yakin orang ramai akan menghargai Luce.

Ferrari tidak mendedahkan sasaran jualan Luce, namun menurut laporan Financial Times, syarikat itu sudah mencapai sasaran jualan tahun ini susulan permintaan tinggi dari China.

Dalam pada itu, Sotheby's menyifatkan kenderaan yang dilelong itu sebagai "peluang yang tiada tandingan" untuk memiliki unit produksi pertama Luce.

Namun begitu, BBC melaporkan rekod harga tertinggi yang pernah dicatat lelongan masih dipegang oleh Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé 1955 yang amat jarang dijumpai pada harga AS142 juta (kira-kira RM575.10 juta) pada 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved