
Kota Kinabalu: Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2025 pada 7 hingga 10 Ogos ini bakal berlangsung dengan penuh warna-warni budaya dan kesatuan rakyat Sabah di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik di Tuaran, dekat sini.
Naib Presiden Persatuan Bajausama Sabah Datuk Japlin Akim berkata festival itu bertujuan menjadi platform pemerkasaan warisan, selain mengukuhkan perpaduan antara kaum dan etnik di negeri ini.
“Festival ini akan mengetengahkan kekayaan budaya, adat resam dan tradisi masyarakat Bajausama yang unik dan menarik.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ia juga selaras dengan usaha untuk mempromosikan budaya tempatan ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.
Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman bakal menyempurnakan festival itu dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, katanya.
“Pelbagai program dan aktiviti menarik akan diadakan sepanjang festival, antaranya pameran dan jualan produk kraftangan, pertandingan Ratu Serimpak, demonstrasi dan pameran citarasa warisan Sabah, pertandingan betitik, pertandingan fotografi digital makanan, aktiviti komuniti dan bengkel.
“Program ini turut disokong oleh pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan penyertaan menyeluruh daripada masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa, agama dan fahaman politik,” katanya lagi.
Japlin berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan turut menganjurkan Festival Cita Rasa Warisan @Sabah 2025 sempena festival itu.
“Antara tarikan utama ialah demonstrasi masakan tradisional oleh cef-cef terkenal negara.
“Penganjuran festival ini dapat membuka ruang kepada rakyat untuk saling mengenali dan menghormati budaya antara satu sama lain, sekali gus memperkukuh semangat toleransi dan perpaduan melalui warisan budaya yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu.
“Festival ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur atau agama,” katanya.
Japlin mengajak orang ramai untuk hadir memeriahkan festival itu sekali gus mempelajari serta memperkasa pengetahuan berkenaan etnik Bajausama.
“Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh diperoleh melalui saluran rasmi di Facebook Jabatan Penerangan Sabah, Facebook & TikTok Motac, RTM, Bernama serta media tempatan lain,” katanya.


