Festival Mega iLINDUNGu tawar lebih 2,000 peluang kerja, 25 majikan sertai Karnival LINDUNG Kerjaya

LocalBusiness & Finance
16 Sep 2026 • 4:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengunjung Festival Mega iLINDUNGu 2026 bukan sahaja berpeluang menikmati pelbagai aktiviti kekeluargaan dan hiburan, malah boleh meneroka peluang kerjaya menerusi Karnival LINDUNG Kerjaya yang menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan.

Image from: Festival Mega iLINDUNGu tawar lebih 2,000 peluang kerja, 25 majikan sertai Karnival LINDUNG Kerjaya

Program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu akan berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara, dari 18 hingga 20 September ini, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Menurut PERKESO, Karnival LINDUNG Kerjaya yang dianjurkan menerusi MYFutureJobs itu membabitkan penyertaan 25 majikan yang menawarkan lebih 2,000 kekosongan kepada pencari kerja.

Selain peluang mendapatkan pekerjaan, pencari kerja turut boleh mendapatkan bimbingan berkaitan penyediaan resume serta mengikuti proses padanan pekerjaan yang disediakan sepanjang festival berkenaan.

Inisiatif itu sekali gus memberi ruang kepada pengunjung yang sedang mencari pekerjaan untuk berinteraksi secara langsung dengan majikan, mendapatkan maklumat mengenai kekosongan yang tersedia serta meningkatkan persediaan sebelum menghadiri sesi pengambilan pekerja.

Image from: Festival Mega iLINDUNGu tawar lebih 2,000 peluang kerja, 25 majikan sertai Karnival LINDUNG Kerjaya

“Festival ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan PEREKSO secara langsung kepada pengunjung. Antaranya saringan kesihatan percuma, agihan topi keledar, semakan caruman, khidmat nasihat faedah, pendaftaran.
“Selain itu, meneruskan tradisi festival ini, majikan juga berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB). Khusus untuk pencarum yang opt-out LINDUNG 24 Jam, PERKESO menyediakan kaunter khas untuk opt-in semula ke dalam skim berkenaan,” menurut PERKESO.

Festival Mega iLINDUNGu edisi ketiga ini membawa pendekatan lebih menyeluruh dalam mendekatkan perkhidmatan perlindungan sosial kepada masyarakat.

Festival berkenaan turut menghimpunkan 11 agensi lain di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), termasuk HRD Corp, TalentCorp, NIOSH, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Penyertaan pelbagai agensi itu membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran, kebajikan tenaga kerja serta pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi.

Selain aspek kerjaya, Festival Mega iLINDUNGu turut menyediakan pelbagai perkhidmatan PERKESO secara langsung, antaranya saringan kesihatan percuma, semakan caruman, khidmat nasihat faedah serta pendaftaran.

Image from: Festival Mega iLINDUNGu tawar lebih 2,000 peluang kerja, 25 majikan sertai Karnival LINDUNG Kerjaya

Pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal, manakala lebih 500 rider pula bakal menerima pelekat istimewa yang memaparkan inisiatif perlindungan sosial untuk ditampal pada topi keledar mereka.

Festival yang menyasarkan sehingga 60,000 pengunjung itu turut menampilkan pelbagai aktiviti santai dan interaktif, termasuk pertandingan Zumba, pertandingan fesyen kanak-kanak, pertandingan mewarna, kuiz LINDUNG, sesi Talent Scout serta segmen “Dapur iLINDUNGu”.

Dalam pada itu, festival berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan pempengaruh menerusi sesi Meet and Greet, bual bicara, podcast serta program interaktif bersama pengunjung.

Majlis perasmian Festival Mega iLINDUNGu akan disempurnakan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, yang turut dijadualkan melancarkan maskot baharu PERKESO.

Penganjuran Karnival LINDUNG Kerjaya menerusi festival berkenaan dilihat sebagai antara usaha memperluas akses masyarakat kepada peluang pekerjaan, selain mempertemukan pencari kerja dengan majikan secara lebih mudah dalam suasana yang santai dan terbuka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved