FFM35: Malam Terlarang Menang Kesan Khas Visual Terbaik

21 Nov 2026 • 10:38 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

FFM35: Malam Terlarang Menang Kesan Khas Visual Terbaik

Ameen Mustajab meraih trofi Kesan Khas Visual Terbaik menerusi filem Malam Terlarang pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Panggung Sari, Istana Budaya, malam ini.Ameen mengatasi empat calon lain iaitu Bubu Room Studios (Nar’sata: Sekutu Setan), Viper Studios (Qifarah), Studio Voxel (Polong) dan Emir Ezwan (Indera).Filem seram terbitan Astro Shaw itu merupakan arahan Allahyarham Nurhanisham Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Labu.Malam Terlarang dibintangi Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Haneesya Hanee dan Sabri Yunus.Bertemakan ‘Spektrum Sinema’, FFM35 mempertandingkan 25 kategori bagi mengiktiraf karya dan bakat dalam industri perfileman tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved