Fibromat raih subkontrak RM283.5 juta bagi projek kawalan hakisan jalan di Kelantan 

LocalBusiness & Finance
16 May 2025 • 11:55 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Fibromat raih subkontrak RM283.5 juta bagi projek kawalan hakisan jalan di Kelantan

image is not available

16/05/2025 - 11:55

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 16 Mei – Fibromat (M) Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM283.5 juta daripada Casa Hartamas Sdn Bhd, membabitkan pelaksanaan serta penyiapan kerja-kerja kawalan geoteknik dan hakisan untuk projek Central Spine Road (CSR) di Kelantan.

Tempoh kontrak dijadualkan selama 24 bulan bermula 15 Mei 2025 sehingga 14 Mei 2027.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Projek CSR Pakej 2 dan Seksyen 2A itu memerlukan perkhidmatan geoteknik dan kerja-kerja yang berkaitan dengan infrastruktur bagi pembinaan jalan dari Jambatan Sungai Lakit ke Jambatan Gua Musang dan Sungai Lakit ke Paloh 2.

Fibromat berkata, projek tersebut menyokong strategi jangka panjang syarikat untuk memperluas kehadiran dalam sektor infrastruktur.

Syarikat yang memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran ACE daripada Pasaran LEAP pada 8 Mei lalu itu mempunyai pengkhususan dalam perkhidmatan geoteknik termasuk kawalan hakisan, penambahbaikan tanah, kawalan mendapan serta dagangan produk geosintetik, dan berkaitan.- DagangNews.com

standard