Fida ‘Jungle Girl’ Taja Murid Ke Abu Dhabi, Hulur Bantuan RM100,000 Buat SMK Kuala Krau

24 Sep 2025 • 8:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Fida 'Jungle Girl' Taja Murid Ke Abu Dhabi, Hulur Bantuan RM100,000 Buat SMK Kuala Krau

Pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Nur Rafidah Man atau lebih dikenali sebagai Fida ‘Jungle Girl’, sekali lagi mencuri perhatian apabila menyalurkan sumbangan peribadi berjumlah RM100,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

image is not available

Fida ‘Jungle Girl’ turut hadiahkan TV untuk sekolah & pelajar

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Fida turut menghadiahkan beberapa unit Smart TV 43 inci untuk kegunaan pelajar dan pihak sekolah.

image is not available

Fida ‘Jungle Girl’ Taja murid istimewa ke Abu Dhabi

Bukan itu sahaja, beliau juga menaja sekumpulan murid pendidikan khas dari sekolah sama yang bakal berangkat ke Abu Dhabi.

“Saya menaja budak-budak istimewa ini ke Abu Dhabi.
“Saya mungkin tak mampu menaja semua, tapi ada sedikit sumbangan yang saya hulurkan untuk mereka.
“Semua ini hasil daripada orang ramai yang sokong produk saya dari dulu. Terima kasih sokong saya,” katanya.

Rezeki diperoleh dikongsi untuk orang ramai

Dalam hantaran itu, Fida menegaskan rezeki yang dimilikinya bukan hanya untuk diri sendiri, sebaliknya perlu dikongsi bersama.

“Rezeki bukan hanya untuk dinikmati tapi untuk kita kongsi. Semoga jadi motivasi untuk semua,” ujarnya.

image is not available

Guru kongsi manfaat hasil sumbangan Fida

Sumbangan itu ternyata memberi impak besar apabila seorang guru SMK Kuala Krau, Hazeem Azemi memaklumkan pihak sekolah berjaya membeli sebanyak 31 Smart TV untuk semua kelas, selain peralatan tambahan seperti kamera dan drone bagi kegunaan Studio Multimedia.

image is not available

Terdahulu, Fida yang pernah tular dengan jolokan ‘Jungle Girl’ di TikTok, dikenali kerana mempromosikan produk keluarannya seperti minyak 1001 Khasiat Jungle Girl berasaskan sumber hutan, selain berkongsi rutin harian serta budaya Orang Asli.

Sumber: Facebook Hazeem Azemi, TikTok junglegirlhq_