⁠FIFA Keluarkan 4 Denda Kepada Pasukan Kebangsaan Indonesia

Entertainment
10 Nov 2024 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) telah mengeluarkan 4 denda kepada pasukan kebangsaan Indonesia menjelang pelawanan menentang Jepun dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan pada 15 November ini.

Memetik laporan Bola.Okezone, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah mengeluarkan senarai 27 denda atau penalti kepada pasukan yang bakal menyertai pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026. Empat daripada denda itu melibatkan pasukan Indonesia.

image is not available

Hukuman itu dikenakan atas insiden yang berlaku antara September hingga Oktober 2024 dalam pusingan kelayakan baru-baru ini.

 

Empat kesalahan

Dalam kenyataan tersebut, FIFA menegur tindakan Indonesia yang lambat beraksi ketika menerima kunjungan Australia pada hari perlawanan kedua fasa Kumpulan C pada 10 September 2024 di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK).

Selain itu, denda sebanyak Rp179 juta ( bersamaan kira-kira RM50,000) terhadap pasukan Indonesia susulan lewat melakukan sepak mula perlawanan. Kesalahan ini melibatkan perlawanan keempat apabila mereka bertandang ke Qingdao, China.

image is not available

Denda yang ketiga, FIFA melarang pengurus pasukan kebangsaan Indonesia, Sumardji terlibat dalam satu perlawanan. Ini ekoran Sumardji melakukan bantahan keras sewaktu perlawanan menentang Bahrain tempoh hari. Dalam perlawanan itu, Sumardji menerima kad merah daripada pengadil pada penghujung perlawanan kerana melakukan protes terhadap keputusan pengadil.

Terakhir, FIFA mendenda penganalisis pasukan Indonesia, Kim Jong-jin untuk terlibat dalam empat perlawanan seterusnya. Denda ini dikenakan kerana Jong-jin disyaki mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya walaupun tiada bukti kukuh.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.