Status rumah tangga pelakon Fikry Ibrahim dan isterinya, Khaliza Alihan kembali menjadi perhatian apabila pasangan itu didapati tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Hasil pemerhatian mendapati Fikry dan Khaliza juga sudah agak lama tidak berkongsi foto bersama di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.
View this post on Instagram
Walaupun begitu, Fikry masih mengekalkan beberapa gambar bersama isterinya di Instagram. Sebaliknya, akaun milik Khaliza dilihat tidak lagi memaparkan sebarang foto mereka berdua.
Setakat ini, kedua-dua mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, Khaliza pernah memfailkan permohonan cerai pada Mei tahun lalu, namun menarik semula permohonan itu pada Jun menerusi peguamnya, Wan Muhammad Afiq Mohd Razif.
Untuk rekod, Fikry Ibrahim dan Khaliza Alihan mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 12 Februari lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Berani Hidup Bahagia Tapi Abai Anak-Anak? Sabar Jap" - Provokasi Berterusan, Norreen Iman Luah Perasaan Usai Perceraian
The post Fikry Ibrahim, Isteri Tidak Lagi Saling Ikut Di Instagram, Undang Spekulasi Hubungan Retak? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





