Fikry Ibrahim Perjelas Sebab Rahsiakan Perkahwinan, Nafi Tuduhan Kena Kahwin Paksa

Entertainment
14 Feb 2025 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 31, semalam tampil memberikan penjelasan kepada netizen di atas perkahwinan mengejutnya yang berlangsung pada Rabu lalu.

Menurutnya, dia langsung tidak berniat merahsiakan perkahwinan tersebut daripada pengetahuan awam dan memilih untuk tidak menghebahkan perkara yang belum pasti kepada peminat.

image is not available

Bukan mahu merahsiakan perkahwinan tapi saya percaya jika belum pasti jangan kongsi,” katanya.

Perkara tersebut telah dijelaskannya menerusi program Melodi yang dikendalikannya bersama Ain Edruce pada malam Khamis.

“Itu salah!”

Fikry juga pada masa yang sama mengulas dakwaan netizen yang mengatakan dia seolah-olah terpaksa berkahwin susulan raut wajahnya yang kelihatan seperti tidak ceria.

Pelakon tersebut menafikan dakwaan itu dan menjelaskan raut wajahnya begitu mungkin disebabkan sedang berfikir tentang tanggungjawab yang semakin berat akan dipikul selepas ini.

Jelasnya lagi, walaupun sudah bergelar suami, dia juga perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.

image is not available

Apabila ada kata muka saya macam tak rela, kena paksa kahwin… Itu salah!

“Mungkin ketika itu saya sedang berfikir macam mana nak jadi seorang suami dan anak bertanggungjawab dan kena adil,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fikry juga menjelaskan yang isterinya, Khalizah Alihan bukan berasal dari Kedah tetapi Sarawak.

Dia juga terhutang budi kepada isterinya kerana Khalizah sudi dan sanggup menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja ketika ini.

image is not available

Saya nak ucapkan terima kasih kepada isteri kerana sekarang dia sedang menjaga ibu di Kedah,” kata Fikry.

Semoga semuanya baik-baik saja buat Fikry dan isteri ya. Selamat melayari bahtera perkahwinan.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.