Filem animasi tempatan Mechamato catat sejarah, menang anugerah di Tokyo

10 Feb 2023 • 1:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada Animonsta Studios (Monsta) atas kejayaan siri animasi Mechamato terbitannya memenangi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

Dalam hantaran di laman Facebook, Fahmi berkata animasi Mechamato itu mengharumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah sebagai animasi luar Jepun pertama yang berjaya menang anugerah berkenaan.

“Mechamato harumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah animasi luar Jepun pertama yang berjaya menang anugerah ini, wajar menjadi inspirasi buat pemain-pemain industri animasi tempatan.

“Kerajaan akan sentiasa menyokong usaha-usaha industri terutamanya dalam menghasilkan karya berkualiti tanpa mengetepikan nilai tempatan,” katanya.

Kemenangan Mechamato diumumkan menerusi laman rasmi TAAF semalam sekali gus berjaya menewaskan animasi hebat yang lain lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved