Filem harus memaparkan realiti semasa dan penyelesaian – Zulaikha Zakaria

Movie
14 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Filem harus memaparkan realiti semasa dan penyelesaian – Zulaikha Zakaria

“Saya tidak boleh tipu penonton.”

Demikian penegasan pengarah filem Kudrat 1968, Zulaika Zakaria apabila disoal tentang keberaniannya dalam mengetengahkan babak pergaduhan pelajar di kala kes salah laku buli menunjukkan peningkatan yang semakin membimbangkan dewasa ini.

Menurut Zulaikha atau lebih mesra disapa Ika, dia tidak bersetuju apabila masyarakat menyalahkan filem hanya disebabkan kes buli gagal ditangani kerana platform berkenaan menawarkan penyelesaian kepada realiti yang berlaku membabitkan kes tersebut.

“Perkara itu (kes buli) berlaku, saya selaku pengarah, tidak boleh menipu penonton. Kita harus sedar, reality dunia sebenar lebih dahsyat berbanding apa yang kita paparkan dalam filem.

“Contoh seperti filem Kudrat 1968, ada pihak yang berpandangan filem ini mempromosikan buli dan pergaduhan di sekolah, walhal ianya hanyalah pinjaman daripada suara dan pandangan ramai mengenai masalah buli yang semakin meruncing,” katanya semasa majlis memperkenalkan pelakon-pelakon filem Kudrat 1968 di The Campus, Ampang.

Image from: Filem harus memaparkan realiti semasa dan penyelesaian – Zulaikha Zakaria

Menurut rekod Kementerian Pendidikan (KPM), kira-kira 2,889 kes salah laku buli direkodkan tahun lepas dengan 740 kes di sekolah rendah dan 2,149 kes sekolah menengah.

KPM juga mendedahkan bagi tempoh sama sebanyak 3,570 kes kategori salah laku jenayah dicatatkan membabitkan 457 kes sekolah rendah dan 3,113 kes sekolah menengah. Rekod tersebut menunjukkan salah laku buli semakin menjadi-jadi.

Zulaikha dalam pada itu memaklumkan pihaknya sejak dahulu lagi terpanggil untuk menghasilkan cerita yang mengupas mengenai isu semasa, termasuk isu buli di sekolah. 

Namun pengarah tersebut menegaskan filem yang ditampilkan tidak mengetengahkan isu tersebut semata-mata, sebaliknya menawarkan kaedah dan jalan penyelesaian.

“Ramai yang menyalah anggap, kami membikin filem semata-mata mengenai pergaduhan pelajar di sekolah lelaki walhal apa yang kami ketengahkan adalah ‘toxic masculinity’ dan penyelesaian terhadap isu berkenaan.

“Adalah menjadi tugas kami sebagai pengarah filem untuk menghasilkan cerita yang berunsur perkara tabu dalam masyarakat, namun kami memilih untuk menceritakan tentang perkara toksik yang berlaku sekolah lelaki,” kongsinya lagi.

Bercakap mengenai filem Kudrat 1968, Zulaikha terus mempertahankan keperluan untuk mengangkat realiti yang membelenggu pelajar sekolah lelaki sebagai sebahagian kecil penceritaan dalam filem berkenaan.

“Untuk menjadikan Kudrat 1968 relevan dan bersesuaian dengan isu buli yang semakin serius, Kami tidak boleh bersikap acuh tak acuh, hanya mengetengahkan perkara yang indah-indah di layar lebar walhal isu buli ini semakin menjadi-jadi.

“Jadi seharusnya kami menghasilkan sebuah cerita yang dekat dengan penonton, yang menggambarkan keadaan sebenar masyarakat hari ini, kemudiannya membuatkan penonton berfikir kesannya nanti,” ujarnya.

Kudrat 1968, yang diarahkan Zulaikha bersama Khairi Asyraff menampilkan lima pelakon antaranya Mierul Aiman sebagai Kuda, Zarif Ghazzi (Abbas), Dai Fuad (Pa), Akmal Asyraf (Piji), Chech Harith (Mazli) dan Evertt Gomes (Ghaffar).

Zulaikha memaklumkan tidak sukar untuk dirinya, iaitu seorang pengarah wanita untuk mengarah filem tersebut yang terhasil dari cetusan francais High Council.

“Francais High Council bukanlah naskhah yang asing bagi diri saya. Saya tidak berasa takut kerana sudah biasa bekerja Bersama pasukan produksi yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki.

“Lebih-lebih pelakon filem ini yang bagi saya cukup professional. Namun saya lega kerana tidak berlaku diskriminasi jantina, malah produksi ini seimbang lelaki dan perempuan.

“Dalam masa yang sama, mengarah filem ini ibarat kembali ke ruang selesa dimana saya berpeluang untuk Kembali bekerja dengan kru yang rata-ratanya kawan-kawan saya dalam industri,” ujarnya. 

The post Filem harus memaparkan realiti semasa dan penyelesaian – Zulaikha Zakaria appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved