Filem ‘Ipar Adalah Maut’ Dikritik Hina Islam, Netizen Indonesia Sangkal Dakwaan Netizen Malaysia

Entertainment
15 Nov 2024 • 4:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak beberapa hari ini, sebuah filem Indonesia yang berjudul ‘Ipar Adalah Maut’ menjadi bualan netizen di media sosial kerana telah mencetuskan emosi kepada mereka yang sudah menontonnya.

Bagi yang tidak tahu, filem arahan Hanung Bramantyo ini merupakan adaptasi daripada kisah benar seorang wanita bergelar isteri yang menderita apabila adiknya sendiri menjalinkan hubungan sulit bersama suami di rumah mereka.

Didakwa filem ‘menunggang’ agama Islam

Pun begitu, sebahagian netizen merasakan filem ini telah menghina agama Islam kerana terdapat elemen-elemen yang menyimpang moraliti Islam.

Seorang pengguna aplikasi X menyeru orang ramai supaya berhenti mengagungkan filem ini sebagai filem Islamik kerana terdapat babak intim yang tidak sepatutnya ditayangkan.

image is not available

Katanya, Indonesia sememangnya terkenal dengan kehebatan sinematografi dan keterbukaan dalam berkarya. Namun, penonton haruslah bijak memilih filem yang sesuai ditonton.

Netizen Indonesia tidak setuju

Bagaimanapun, netizen Indonesia menyangkal dakwaan pengguna ini kerana filem terbabit bukanlah filem Islamik seperti yang dikatakan.

Mereka menganggap komen netizen Malaysia keterlaluan dan tidak semestinya pelakon bertudung, terus dianggap sebuah filem Islamik.

Netizen Indonesia juga menyarankan penonton Malaysia untuk mengambil iktibar daripada filem tersebut, memandangkan ia berdasarkan kisah benar yang penuh pengajaran.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Di Malaysia, filem yang akan ditayangkan perlu melepasi penapisan terutama jika terdapat elemen yang mempersendakan agama atau babak berunsur lucah.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.